Search

KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURÀN DAN SUNNAH...

  • Share this:

KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURÀN DAN SUNNAH :

1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji.
(Surah an-Nuur: 24/31)

2. Tidak bergaul bebas dgn kaum lelaki bukan mahram, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan.
(HR. Bukhari)

3. Pembawaan diri sopan, tegas, dan bersahaja.
(Surah al-Qasas: 28/25)

4. Sentiasa bercakap dengan nada suara tidak dimanja-manjakan dan tidak dilembut-lembutkan.
(Surah al-Ahzab: 33/32)

5. Menjauhi gaya tabarruj, penggayaan diri yang mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kepada dirinya.
(Surah al-Ahzab: 33/33)

6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah.
(Surah al-Ahzab: 33/59)

7. Sentiasa bersih dan berbau segar. Tidak memakai minyak wangi.
(HR. Bukhari)

8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur alis kening, dan sebagainya.
Surah an-Nisaá : 4/19
(Hadith Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Tirmidhi)

9. Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri.
(HR. Ibnu Abbas)

*Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara:*

1) tangan adalah aurat.
2 ) kaki juga adalah aurat.
3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka melepasi dada.

*Perempuan selalu alpa dua perkara:*

1) pandang remeh dengan aurat di pergelangan tangan.
2) tidak memakai stokin.

*Dan perempuan leka tentang dua perkara:*

1) aurat mereka adalah maruah mereka.
2) kecantikan bukan pada muka, tapi padahati.

*Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.*

*"Perempuan"*

Dia tengah tidur, tapi Malaikat tulis dosa dia.
Dia tengah solat, tapi Malaikat tulis juga dosa dia.
Dia makan, belajar, mandi, tapi Malaikat tetap juga catit dosa dia.
Dia tak buat apa-apa pun Malaikat tetap catit dosa dia.

Ehh.... apa salah dia?

Ohh, rupa-rupanya banyak mata sedang melihat gambarnya yang tidak menutup aurat di media sosial.

Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya.

Setiap kali ada lelaki yang melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.

Semoga bermanfaat.


Tags:

About author
Disebalik nama pena Pakar Diari Hati (PDH), nama diberi diberi mama dan ayah ialah Aidil Sahipaludin. Passion saya menulis, diari ini catatan peribadi saya untuk inspirasi, peringatan, pengajaran, hiburan dan ilmu dikongsi bersama. Doakan jodoh, rezeki, dan kebaikan berpanjangan agar tulisan-tulisan ini terus hidup bersama kalian.
Laman perkongsian rasmi Pakar Diari Hati (PDH). Saya menulis dengan hati agar dapat menyentuh hati-hati yang membacanya - Guru, Penulis & Motivator.
View all posts